1. Haiwan yang menjaga telur-telurnya adalah seperti berikut:
- Burung bertelur di dalam sarang yang dibuat di atas pokok. Telur burung dilindungi cangkerang yang keras. Burung mengeramkan telur-telurnya sehingga menetas. Anak-anak burung yang baru menetas dilindungi dan diberi makan sehingga boleh berdikari.
- Ayam juga bertelur di dalam sarang. Ibu ayam menjaga dan mengeram telur-telurnya sehingga menetas. Ibu ayam akan menjaga anak-anaknya yang baru menetas, dan menyerang musuh yang cuba mengganggu telur-telurnya dan anaknya.
- Buaya betina menimbus telur-telurnya di dalam pasir di tepi sungai. Buaya sentiasa menjaga telur-telurnya daripada ancaman musuh. Apabila telur-telur menetas, buaya membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih selamat.
- Ular betina menjaga telur-telurnya dengan melingkari sekeliling telur. Ular tidak mengeram telur-telurnya. Telur-telur ular dilindungi oleh cangkerang yang keras. Ular meninggalkan anak-anaknya yang baru menetas.
- Kala jengking betina mambawa telurnya dan anak yang baru menetas di atas badannya selama beberapa hari.
- Labah-labah menyimpan telur-telurnya di dalam uncang di bawah badannya. Uncang ini sentiasa dibawa oleh labah-labah bagi memastikan telur-telurnya selamat.
2. Mamalia adalah haiwan yang melahirkan anak. Anak-anaknya menyerupai induknya (ibu bapa). Anak-anaknya dilindungi dan diberi makan sehingga mereka cukup kuat dan boleh berdikari.
3. Berikut menunjukkan beberapa contoh cara mamalia menjaga atau melindungi anaknya:
- Kucing menjaga dan menyusukan anak-anaknya. Kucing akan menggonggong tengkuk anaknya ke tempat yang lebih selamat sekiranya diganggu.
- Kanggaru membawa anaknya di dalam kantung pada badannya sehingga anaknya cukup dewasa untuk berdikari. Anaknya sentiasa dibawa bersama ke mana-mana sahaja ibunya pergi.
- Anak ikan paus pula sentiasa berenang di sisi paus jantan dan paus betina untuk mengelak daripada diserang musuh.
kenapa tak buat cara monyet menjaga anak
ReplyDeletepenat cari cara monyet menjaga anak.HUHU T_T
ReplyDeleteNice info for my student. tq..
ReplyDeletecara menjaga anak bagi unta apa ekk?
ReplyDeletecara menjaga anak bagi unta apa ekk?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdullilah bagus untuk saya study
ReplyDeleteAngsa, cicak Dan buaya pless
ReplyDelete