1.Pada amnya, haiwan dikelaskan kepada dua kumpulan utama,
iaitu :
a.) Haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata)
b.) Haiwan bertulang belakang (vertebrata)
2. Kebanyakan haiwan dalam alam ini terdiri daripada haiwan tidak
bertulang belakang
Kumpulan Invertebrata:
3.. Haiwan bertulang belakang pula boleh dibahagikan kepada lima kelas
mengikut sifat fizikal iaitu :
a.) Ikan e.) Burung
b.) Amfibia f.) Mamalia
c.) Reptilia
Kumpulan Vertebrata
Saturday 10 December 2011
Friday 9 December 2011
Sifat Fizikal Haiwan-1
1)Haiwan yang berlainan mempunyai sifat fizikal yang berlainan.
2)Haiwan mempunyai dua sifat fizikal yang tidak sama, iaitu:
(a)sifat fizikal yang dapat dilihat
(b)sifat fizikal yang tidak dapat dilihat dari luar
3)Sifat fizikal yang dapat dilihat disebut juga sebagai bentuk atau binaan luar.
2)Haiwan mempunyai dua sifat fizikal yang tidak sama, iaitu:
(a)sifat fizikal yang dapat dilihat
(b)sifat fizikal yang tidak dapat dilihat dari luar
3)Sifat fizikal yang dapat dilihat disebut juga sebagai bentuk atau binaan luar.
)Sifat-sifat fizikal pada haiwan dapat digunakan untuk membezakan atau
mengelaskan haiwan.
5)Contoh sifat-sifat fizikal pada haiwan ialah:
(a)berbulu (d)berkepak
(b)bersisik (e)berkaki
(c)bercangkerang
mengelaskan haiwan.
5)Contoh sifat-sifat fizikal pada haiwan ialah:
(a)berbulu (d)berkepak
(b)bersisik (e)berkaki
(c)bercangkerang
6.Contoh: Haiwan berbulu
Haiwan bersisik: ikan
Haiwan berkaki:biri-biri
Haiwan bercangkerang: kerang
Thursday 8 December 2011
Cara Pembiakan Haiwan
Sesetengah haiwan membiak secara bertelur. Telur yang dikeluarkan akan menetas dan mengeluarkan anak haiwan tersebut. Bagi sesetengah haiwan yang lain pula, membiak secara melahirkan anak.
Di bawah merupakan contoh haiwan membiak secara bertelur.
Katak
Penyu
Buaya
Ikan
Telur ikan menetas dan mengeluarkan anak ikan.
Video telur ayam menetas dan mengeluarkan anak ayam.
Di bawah merupakan contoh haiwan membiak secara melahirkan anak.
Kucing
Kambing
Harimau
Gajah
Video ikan lumba-lumba melahirkan anak.
Latihan untuk murid-murid
Di bawah merupakan contoh haiwan membiak secara bertelur.
Katak
Penyu
Buaya
Ikan
Telur ikan menetas dan mengeluarkan anak ikan.
Video telur ayam menetas dan mengeluarkan anak ayam.
Di bawah merupakan contoh haiwan membiak secara melahirkan anak.
Kucing
Kambing
Harimau
Gajah
Video ikan lumba-lumba melahirkan anak.
Latihan untuk murid-murid
Mengikut cara pembiakan haiwan, nyatakan huruf (A) pada haiwan yang membiak secara bertelur, dan nyatakan huruf (B) pada haiwan yang membiak secara melahirkan anak.
No. | Haiwan | Jawapan |
1. | Tikus | |
2. | Ular | |
3. | Ayam | |
4. | Beruang | |
5. | Monyet | |
6. | Siput babi | |
7. | Kuda | |
8. | Arnab | |
9. | Semut | |
10. | Rama-rama | |
11. | Harimau bintang | |
12. | Cicak |
Friday 2 December 2011
Haiwan Melindungi Telur- telur dan Anaknya
1. Haiwan yang menjaga telur-telurnya adalah seperti berikut:
- Burung bertelur di dalam sarang yang dibuat di atas pokok. Telur burung dilindungi cangkerang yang keras. Burung mengeramkan telur-telurnya sehingga menetas. Anak-anak burung yang baru menetas dilindungi dan diberi makan sehingga boleh berdikari.
- Ayam juga bertelur di dalam sarang. Ibu ayam menjaga dan mengeram telur-telurnya sehingga menetas. Ibu ayam akan menjaga anak-anaknya yang baru menetas, dan menyerang musuh yang cuba mengganggu telur-telurnya dan anaknya.
- Buaya betina menimbus telur-telurnya di dalam pasir di tepi sungai. Buaya sentiasa menjaga telur-telurnya daripada ancaman musuh. Apabila telur-telur menetas, buaya membawa anak-anaknya di dalam mulut ke tempat yang lebih selamat.
- Ular betina menjaga telur-telurnya dengan melingkari sekeliling telur. Ular tidak mengeram telur-telurnya. Telur-telur ular dilindungi oleh cangkerang yang keras. Ular meninggalkan anak-anaknya yang baru menetas.
- Kala jengking betina mambawa telurnya dan anak yang baru menetas di atas badannya selama beberapa hari.
- Labah-labah menyimpan telur-telurnya di dalam uncang di bawah badannya. Uncang ini sentiasa dibawa oleh labah-labah bagi memastikan telur-telurnya selamat.
2. Mamalia adalah haiwan yang melahirkan anak. Anak-anaknya menyerupai induknya (ibu bapa). Anak-anaknya dilindungi dan diberi makan sehingga mereka cukup kuat dan boleh berdikari.
3. Berikut menunjukkan beberapa contoh cara mamalia menjaga atau melindungi anaknya:
- Kucing menjaga dan menyusukan anak-anaknya. Kucing akan menggonggong tengkuk anaknya ke tempat yang lebih selamat sekiranya diganggu.
- Kanggaru membawa anaknya di dalam kantung pada badannya sehingga anaknya cukup dewasa untuk berdikari. Anaknya sentiasa dibawa bersama ke mana-mana sahaja ibunya pergi.
- Anak ikan paus pula sentiasa berenang di sisi paus jantan dan paus betina untuk mengelak daripada diserang musuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)